Sunday, July 31, 2011

“THE MAN THAT DECIDED TO CHANGE ON THE 12TH HOUR DIES ON THE 11TH”



Baru-baru ni aku dengan kawan-kawan aku berjalan-jalan (tak macam banyak pulak kata ganda lam ayat aku ni!!) kat mall.sebab utama,nak release tension! Biasa la orang perempuan~ mall+ shopping=tension berkurangan.(boleh pulak kan?)
Dalam pada sibuk jalan sambil mengunyah cikedis (jangan tiru aksi ini!),ada sorang kawan ni ajak masuk bookstore sebab nak beli pen.dah mula praktikal kata kan~ pen mesti mau baru! Aku pun sempat menilik-nilik rak novel kat bahagian novel remaja-fiksyen.niat hati memang tak nak beli pun sebab Patricia Cornwell’s Scarpetta pun tak habis baca lagi~
Tapi orang kata,kita hanya mampu merancang.tetiba Nampak nama author yang sangat aku kenal.dah lama aku tunggu hasil pemikiran,idea unggul dan bahasa penulisan yang sempoi lagi deep dari beliau.standard la kalau nak beli buku mesti nak baca synopsis.tapi ni,kulit depan dengan belakang sama je..Cuma yang di belakang diterbalikkan.mula-mula aku ingat salah cetak ke mende! Tapi rupanya memang marketing plan-nya cetak cenggitu sebab ada 2 cerita..kira bonus la ni! Masalah utama yang anda mungkin hadapi ketika anda bersedia nak baca novel tersebut adalah,tak tau nak baca cerita yang mana 1! Pelik tapi benar~
Aku menulis ni bukan nak buat review pasal novel tu ke apa sebab aku bukanlah reviewer yang pro..best thing is,aku tak habis baca lagi novel tu!! Huhu~ tapi,dah ada beberapa kata yang menarik minat aku dan yang penting memang menuntut untuk difikirkan maksudnya.contohnya macam tajuk entri aku ni.DEEP.
Seperti karya-karya dan artpieces nya yang lain,sememangnya jadi renungan dan pengajaran pada aku sendiri.buat sel-sel neuron aku bekerja lebih sikit nak proses maklumat dan menghadam perkara baru yang aku sendiri lepas pandang.
So,harapan aku supaya kurang sikit kesibukan dan boleh luang masa banyak sikit untuk habis kan artpiece ni~ ^^

-CONTINUING EDUCATION
Thanks,H!
(listened to Vivaldi’s Four Season-SUMMER)

WHEN LIFE GIVES YOU A HUNDRED REASONS TO CRY,SHOW LIFE THAT YOU HAVE A THOUSAND REASONS TO SMILE.

Yes! That’s it! I borrowed those words from my lecturer. It has given me something I had search for a long time ago. They called it ‘MOTIVATION’ but I called it ‘ETHUSIASM’
Told you, I am a kind of get-bored-easily. Everything I had done were not last long. Think I could bear with it 15 minutes for last. So, I‘ve should find something to motivate myself and to have a better me.
Kita selalu mengeluh dengan apa yang berlaku pada diri kita dan anggap benda tu tak sepatutnya jadi pada kita.sebab kita rasa kita dah buat yang terbaik dan deserve a better result from it.merasakan benda yang berlaku bertimpa-timpa dan adalah beban yang tak tertanggung.tetapi,pada masa yang sama masih melakukannya.Cuma,mengeluh je dan tak henti-henti dengan ayat standardnya,”kenapa aku?”
Tak terfikir pun ada orang yang lebih teruk masalahnya,lebih bertimpa-timpa rasanya.dan paling best, tak merungut pun.terima seadanya apa yang berlaku..sebab apa?
Tak terfikir ke dia ada lebih motivasi,lebih berfikiran positif dan anggap apa-apa masalah pun bagai salah 1 cabaran dalam hidup.more you get hurt,,more you get strong! Sebab aku sendiri kagum dengan orang yang bangkit sendiri dari kegagalan.dari kegagalan hidup.mungkin dia percaya pada kata ”Ada hikmah di sebalik kejadian”. There’s silver line behind every dark clouds~
Ada yang cakap berfikiran positif tu cara untuk menyedapkan hati je,tipu diri sendiri dan cara tak mahu terima kenyataan.hmm,betul ke? Tettttttt~

Liveless life~
7/30/2011
2313pm

Sunday, July 10, 2011

kata nak KURUS....



salam.
hey there..^^ hari ni agak best sebab 1st time ever aku and gangs went on roding bicycles~~wahhhhhh^^ sounds BORING??? hahahaha..naaa! best ever! nak dekat 3 tahun aku bertapa di negeri orang,baru la aku tau ada taman yang sediakan khidmat sewa basikal!! SHOCKING~ tu pun roomate aku yang bagitau..kalau tak,sampai kesudah aku tak tau! ngehngeh~(=v=)
mula2 ideanya si roomate ni nak ajak main basketball kat padang belakang hostel~ dengan alasan yang agak tak cerdik,aku kata taknak main yang boleh berpeluh2(o.O) haha..kira tolak idea/pelawaan si roomate dengan cara halus la.*tapi memang aku tak suka berpeluh sebab aku ni memang KUAT BERPELUH!*even naik tangga setingkat pun~~(=_=)"
alih2 datang si jiran selang 2bilik mai ajak main basikal kat taman tasik~~for me,WHOOAA! great,man~*hehehe* rasa bersalah kat si roomate teramat yang sangat~oleh itu,ajak la jugak roomate ni..then,8orang setuju main2 kat taman tasik petang sabtu 9 Julai pukul 5.30ptg^^
sementara tunggu anak2 dara(ada gak isteri org!)bersiap,kitorang warming up kat parking hostel dengan main2 basketball yang dibawak~ ada la 3round main kejar2,lompat2,rampas2,lari2 camtu then off to taman tasik by BUS(tau!)walau pakai sportshoes+sport attaire..huhu
di taman tasik bandar S,berlari(berjalan laju sebenarnya~)dalam 1/2kilometer then kitorg jalan ke TAMAN BASIKAL tersebut~tangkap gambar memang tahap tak hengat la^^ sewa basikal 1/2jam gitu,puas la me-round taman tersebut.MALANGNYA,baru kayuh minit PENATnya jangan cakap la..memang boleh kena strain/sprain!
ingatkan dah bpeluh2,lemak2 dah terbakar nak terus balik hostel..malangnya bukan itu yang berlaku!! menyinggah pulak ke francais makanan segera A** beli float~ FLOAT beb!!!adohaila~dah balik hostel,pekena nasi lemak ayam pulak dah~~ menu makan malam tu...
KESIMPULANNYA~ faktor pemakanan,exercise dan peer group sangat penting kalau ada sapa2 yang cuba/memang nak turunkan berat badan(KURUS!dalam konteks sebenar).tak lupa,DIRI SENDIRI~kalau dah niat yang tulus dan ada keazaman yang kuat INSYA ALLAH,tak mudah dapat godaan/cobaan nak jahanamkan diet korang tu~
well,kata nak KURUS!! kann..(^.~)
berikut antara yang sempat aku upload~
TAKE CARE~

Friday, July 8, 2011

wajah kesayangan hamba ^^

Secret - Madonna MV[Eng sub+Romanization+Hangul] HD

To learn,to serve,to be...


Selamat~
hari ni aku ada belajar sesuatu yang aku rasa agak priceless dan terkesan di hati la juga.selama ni aku memerhati surrounding sekeliling aku dan cuba untuk faham dan cope dengan keadaan yang lain sejak aku mula 'terjebak' dengan profession aku sekarang ni.berbekalkan 'zero' pengalaman dan pengetahuan tentang profession ini,tak hairan la kalau aku macam 'rusa masuk kampung' masa mula2 datang belajar bidang ni.
bagi aku,perkhidmatan dan memberi khidmat serta bantuan kepada manusia atau orang2 yang memerlukan adalah suatu kerja yang amat2 mulia..tak heran la kerjaya ni ada orang kata "shortcart ke syurga dan shortcart ke neraka".hati mau ikhlas,komitmen itu penting.
tapi yang aku kesal sangat2,masa belajar teori nampak macam indah,seronok je kalau boleh practise..nak2 lagi dengan teori 'treat client as individu'..WELL said~~
sebab bila aku tengok keliling,diorg(super sunbaenims) cakap tak serupa bikin..kadang2 malu gak. yelah,nak cover sunbaenim takkan nak sacrifice klien..kalau nak pihakkan klien takkan nak bagi malu sunbaenim pulak..
aku percaya,diorang jugak belajar apa yang aku belajar dan diorang faham sefahamnya.tapi isunya kat sini kenapa tak boleh buat apa yang kita dah berjanji dan berikrar.kerjaya kita dah diikhtiraf sebagai suatu profession dan kita digelar 'professional workers'.sepatutnya kita menunjukkan standard profession kita yang tertinggi.kerana selepas ni 'hoobae' tak lah terpalit dengan dilemma yang berlaku sekarang.selepas ini mereka jugak tak teragak2 untuk melaungkan dengan bangga bahawa kerjaya kita bukanlah suatu pekerjaan tapi suatu profession yang berada dalam kelasnya yang tersendiri.
semuanya bermula dari yang asas..pengajaran dan pembelajaran.dan apa yang kita nak capai dalam masa hmm,mungkin 20tahun lagi.kita lihat apa yang telah dicapai pada masa itu.adakah tercapai matlamat 'self-actualization' kita? cukup banggakah kita dengan apa yang ada? hanya setakat ini atau perlu kita usahakan lagi bukan demi generasi kita sahaja tapi juga para hoobae yang akan datang.tak lah nanti kita dipersalahkan dengan keadaan yang tidak menyenangkan.
jadikan negara maju di luar sana sebagai 'benchmark' bukan sahaja dalam aspek perkhidmatan malah pengajian jugak.tak rugi kalau laburkan untuk kejayaan dan kegemilangan akan datang.bukan untuk kitatapi anak cucu akan datang.
sekali lagi,kita di sini adalah "TO LEARN,TO SERVE,TO BE.."
-SHARING IS CARING~

redup-redup~~

right from the HEART..

To do what nobody else will do, a way that nobody else can do, in spite of all we go through; is to be a nurse.

Don't deny our r²π...

what's r²π? what's the meaning?? why its so secret and got so much attention to break its mystery~is it true that "Dont deny our r²π " is 'DONT DENY OUR ETERNAL LOVE???'
SEBAB sume orang tau r²π adalah formula of circle.dan seperti semua orang tau dan faham CIRCLE atau bulatan adalah tiada permulaan dan pengakhiran..atau ETERNITY.
agak rumit perumpamaan ni untuk dijadikan sebahagian lirik lagu~ O.o WELL,apa pun maksud yang tersurat mahupun tersirat di sebalik sebaris ayat ni hanya tukang buat lirik,JSK91AJ je yang tahu..what a WISEMAN~.^
cakap pasal 'dont deny our eternal love' hmmm,mendalam sangat kalau nak cite panjang2.ada sahabat penah cakap.1st love susah nak lupa.2nd love buat kita belajar,tapi kita semua definitely akan habiskan usia kita (kahwin) dengan our last love.ada ke ETERNAL LOVE sekarang ni? hmmm..tu kene fikir la..yang penting,cinta yang abadi,yang kekal dan tak kan pudar,hilang seri dan tak kan ada tarikh luput adalah ETERNAL LOVE dari ALLAH SWT.
CINTA kepadaNYA confirm terbalas dan DIA akan MENCINTAI kita lebih dari yang kita sangka.kalau tak,tak kan DIA bagi kita udara untuk bernafas,hari esok untuk melaksanakan misi tertunda..SYUKUR la kita ada DIA..DIA YANG ETERNITY~
-dont hate,love each other-
XOXO

Thursday, July 7, 2011

I MY ME MINE~~

HOLLA~ \(=v=)/

YESSS!! Finally,dapat jugak aku buat blog aku sendiri.best ni ^^ sini la tempat aku nak meluahkan perasaan-mengamok sakan-maki-makian..huhu^^ daripada semua sosial network yang ada,aku prefer blog la rasanya.nak kata private,tak jugak..tapi okay la dari kene komen bukan2 kalau update status yang aneh lagi pelik~~(^o^)
OKAY,aku memang suka sharing..sebab SHARING IS CARING..CARING IS LOVING kannn~~ ^^ perhaps,expecting more from me..really hope this blog would lasts.WELL,i'm a kind of person who get bored easily~kekeke ^^
SO,tak payah cakap banyak.sebab cakap pun tak guna.kat sini kita main typing-typing je okay ^.~
much love,see then~IHEARTYOU!
XOXO_0330

di situ langit yang membukakan mata,menerangkan hati,menenangkan perasaan..

-KADANG-KALA apabila letih memandang ke hadapan,kita sering melihat kembali ke belakang.bukan untuk menyesali apa yang telah terjadi tapi lebih kepada untuk mengingati perkara yang mungkin kita terlepas pandang sepanjang melalui perjalanan ini.
-APABILA kita selalu fokus apa yang ada di hadapan kita,sekali sekala cubalah memandang di sekeliling.bukan untuk mencari kesalahan orang lain dan menganggap diri sendiri sebagai yang terbaik.tapi mencuba memerhati dan melihat hati-hati yang mungkin kita tak sengaja luka kan dalam mencapai matlamat diri.
-MUNGKIN selama ini kita penat mendongak ke atas untuk mencari sesuatu yang dianggap hebat dan dahaga kan pujian ramai kerana kehebatan itu,jangan lupa untuk kita menunduk ke bawah.bukan merendahkan kepala untuk dipijak tapi merendahkan diri agar tidak bongkak dan lupa diri.
-MATA yang segar dengan warna-warna hijau dedaun,lalang dan rerumput yang terbentang luas ketika kita menunduk ke bawah menikmati saujana memandang,kadang kala perlu dikejutkan dengan birunya langit yang cerah di atas sana.bukan untuk menyilaukan pandangan,tapi di situ lah pandangan yang membuka mata,menerangkan hati dan menenangkan perasaan~
-LOVING PEOPLE IS LIKE...-
XOXO