
Selamat~
hari ni aku ada belajar sesuatu yang aku rasa agak priceless dan terkesan di hati la juga.selama ni aku memerhati surrounding sekeliling aku dan cuba untuk faham dan cope dengan keadaan yang lain sejak aku mula 'terjebak' dengan profession aku sekarang ni.berbekalkan 'zero' pengalaman dan pengetahuan tentang profession ini,tak hairan la kalau aku macam 'rusa masuk kampung' masa mula2 datang belajar bidang ni.
bagi aku,perkhidmatan dan memberi khidmat serta bantuan kepada manusia atau orang2 yang memerlukan adalah suatu kerja yang amat2 mulia..tak heran la kerjaya ni ada orang kata "shortcart ke syurga dan shortcart ke neraka".hati mau ikhlas,komitmen itu penting.
tapi yang aku kesal sangat2,masa belajar teori nampak macam indah,seronok je kalau boleh practise..nak2 lagi dengan teori 'treat client as individu'..WELL said~~
sebab bila aku tengok keliling,diorg(super sunbaenims) cakap tak serupa bikin..kadang2 malu gak. yelah,nak cover sunbaenim takkan nak sacrifice klien..kalau nak pihakkan klien takkan nak bagi malu sunbaenim pulak..
aku percaya,diorang jugak belajar apa yang aku belajar dan diorang faham sefahamnya.tapi isunya kat sini kenapa tak boleh buat apa yang kita dah berjanji dan berikrar.kerjaya kita dah diikhtiraf sebagai suatu profession dan kita digelar 'professional workers'.sepatutnya kita menunjukkan standard profession kita yang tertinggi.kerana selepas ni 'hoobae' tak lah terpalit dengan dilemma yang berlaku sekarang.selepas ini mereka jugak tak teragak2 untuk melaungkan dengan bangga bahawa kerjaya kita bukanlah suatu pekerjaan tapi suatu profession yang berada dalam kelasnya yang tersendiri.
semuanya bermula dari yang asas..pengajaran dan pembelajaran.dan apa yang kita nak capai dalam masa hmm,mungkin 20tahun lagi.kita lihat apa yang telah dicapai pada masa itu.adakah tercapai matlamat 'self-actualization' kita? cukup banggakah kita dengan apa yang ada? hanya setakat ini atau perlu kita usahakan lagi bukan demi generasi kita sahaja tapi juga para hoobae yang akan datang.tak lah nanti kita dipersalahkan dengan keadaan yang tidak menyenangkan.
jadikan negara maju di luar sana sebagai 'benchmark' bukan sahaja dalam aspek perkhidmatan malah pengajian jugak.tak rugi kalau laburkan untuk kejayaan dan kegemilangan akan datang.bukan untuk kitatapi anak cucu akan datang.
sekali lagi,kita di sini adalah "TO LEARN,TO SERVE,TO BE.."
-SHARING IS CARING~
No comments:
Post a Comment