

Baru-baru ni aku dengan kawan-kawan aku berjalan-jalan (tak macam banyak pulak kata ganda lam ayat aku ni!!) kat mall.sebab utama,nak release tension! Biasa la orang perempuan~ mall+ shopping=tension berkurangan.(boleh pulak kan?)
Dalam pada sibuk jalan sambil mengunyah cikedis (jangan tiru aksi ini!),ada sorang kawan ni ajak masuk bookstore sebab nak beli pen.dah mula praktikal kata kan~ pen mesti mau baru! Aku pun sempat menilik-nilik rak novel kat bahagian novel remaja-fiksyen.niat hati memang tak nak beli pun sebab Patricia Cornwell’s Scarpetta pun tak habis baca lagi~
Tapi orang kata,kita hanya mampu merancang.tetiba Nampak nama author yang sangat aku kenal.dah lama aku tunggu hasil pemikiran,idea unggul dan bahasa penulisan yang sempoi lagi deep dari beliau.standard la kalau nak beli buku mesti nak baca synopsis.tapi ni,kulit depan dengan belakang sama je..Cuma yang di belakang diterbalikkan.mula-mula aku ingat salah cetak ke mende! Tapi rupanya memang marketing plan-nya cetak cenggitu sebab ada 2 cerita..kira bonus la ni! Masalah utama yang anda mungkin hadapi ketika anda bersedia nak baca novel tersebut adalah,tak tau nak baca cerita yang mana 1! Pelik tapi benar~
Aku menulis ni bukan nak buat review pasal novel tu ke apa sebab aku bukanlah reviewer yang pro..best thing is,aku tak habis baca lagi novel tu!! Huhu~ tapi,dah ada beberapa kata yang menarik minat aku dan yang penting memang menuntut untuk difikirkan maksudnya.contohnya macam tajuk entri aku ni.DEEP.
Seperti karya-karya dan artpieces nya yang lain,sememangnya jadi renungan dan pengajaran pada aku sendiri.buat sel-sel neuron aku bekerja lebih sikit nak proses maklumat dan menghadam perkara baru yang aku sendiri lepas pandang.
So,harapan aku supaya kurang sikit kesibukan dan boleh luang masa banyak sikit untuk habis kan artpiece ni~ ^^
-CONTINUING EDUCATION
Thanks,H!
(listened to Vivaldi’s Four Season-SUMMER)
No comments:
Post a Comment